Monday, June 22, 2020

Nut Gitar dan Apa Fungsinya...?? Ini Jawapannya...

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Buat Sahabat2 Yang Dikasihi Sekalian...

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam ruangan entri kali ini...Untuk penulisan ini, PHC ingin berkongsi mengenai satu komponen yang kecil pada gitar tapi sangat besar peranannya dalam instrumen muzik yang bertali...


Bukan sahaja gitar, malah gambus, biola, Cello, bass malah mandolin dan Shamisen juga wajib dipasang komponen ini...

Apa Itu Nut Gitar...??

Nut ialah sebuah alat yang menjadi penahan regangan dan pemegang tali ( Open String ) yang merentas di atas fretboard melalui Bridge... Ia juga adalah posisi permulaan untuk mengukur skala gitar ( Guitar Scale ) iaitu dari hujung nut hingga ke saddle...Posisinya diletakkan di bahagian headstock dan dekat dengan tuning machine...

Tugas nut untuk menahan regangan tali akan berhenti apabila kita menekan tali di fret ( Fretting ) samada ketika solo atau bermain kord...Jari yang kuat mampu mengambil alih tugas nut dengan baik sekaligus menghasilkan tone bunyi dan sustain yang optimal ketika Fretting 

Gibson Les Paul Standard MiUSA dihantar ke PHC Guitars untuk diservis
 Walau bagaimanapun, apa sahaja bahan yang dipasang mampu mempengaruhi tone bunyi...Ini bermakna tone dari nut tersebut masih Blend dengan body kayu gitar lalu diserap oleh Pickup walaupun jari telah mengambil alih tugasnya...

Nut mempunyai jarak geometrikal tertentu bagi menentukan posisi jarak tali antara satu sama lain ( X datumn string spacing ) dan mempunyai jurang kedalaman ( slot depth ) iaitu Y Datumn...Panjangnya mesti seiring dengan pangkal 1st fingerboard...


X : String Spacing | Y : Nut Slot



Jarak string spacing ( X Datumn ) di nut yang optimal sangat penting bagi memastikan keseimbangan jari supaya tidak bertindan ketika Fretting tali...

Kedalaman nut slot ( Y Datumn ) yang optimal juga sangat penting bagi memastikan ia tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi...

 Jika nut slot terlalu rendah, tali berisiko akan tersangkut di fret yang paling depan ( 1st fret ) dan akan menyebabkan Open String buzzing apabila dipetik...

Jika nut slot terlalu tinggi pula, ia akan berisiko menyebabkan string terasa keras ketika fretting sekaligus mendatangkan kesan pada intonasi ( Intonation )...Ia juga berisiko menyebabkan gelinciran tali keluar dari nut slot...



Nut yang optimal ialah ia mempunyai Nut Slot yang mengikut saiz tali ( String Gauge )...Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar...

Fender Japan dipasang nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC
Nut slot yang bersaiz yang lebih besar dari tali berisiko menyebabkan gitar buzzing seperti bunyi sitar akibat getaran tali yang berlaku di dalam Nut Slot...Ia gagal memegang regangan tali dengan baik....Ia juga berisiko menyebabkan ketidakstabilan tuning...

Nut slot yang bersaiz kecil dari tali menyebabkan bahagian atas tali ( Top of String ) akan terbonjol sekaligus berisiko akan menyebabkan gelinciran tali dari slot terutamanya ketika membuat string bending...


Apakah Material Yang Digunakan Untuk Membuat Nut...??

Ada nut yang diperbuat dari bahan2 organik, besi aloi dan bahan sintetik campuran...Semakin keras struktur bahannya, maka semakin baik kualiti prestasinya...

Nut Organik : diambil dari kayu, tulang, tanduk dan gading haiwan...Walau bagaimanapun pengambilan bahan2 organik dari haiwan ini tertakluk pada akta undang2 hidupan haiwan liar seperti gajah...

a ) Kayu

Kayu yang selalu digunakan untuk membuat nut ialah Ebony...Kayu ini mempunyai struktur yang tumpat dan sangat keras...Ia mampu menghasilkan dentingan tali yang jitu dan menghasilkan tone bunyi yang lunak...Instrumen bertali selain dari gitar seperti biola dan Cello juga ada dipasang dengan nut dari kayu keras ini...






b ) Tulang dan Tanduk Haiwan

Tulang dan tanduk yang selalu digunakan ialah tulang lembu dan kerbau...Ada juga buatan nut tulang atau tanduk mengikut jenis2 haiwan yang terdapat di benua tertentu...Contohnya buatan gitar custom High End dari benua Afrika menggunakan tulang atau gading gajah ( yang telah pun mati ) dan unta ( buatan instrumen bertali dari Timur tengah )...Maka tone bunyi dari setiap benua itu mempunyai variasi dan trademark karektor bunyi dari benua masing2...

Tulang lembu mentah yang keras dan tumpat menggantikan nut plastik berkualiti rendah yang telah  reput


Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Stratocaster

Nut dari tulang mempunyai sambutan yang baik di kalangan luthier dan sang penggitar kerana  kejelasan tone yang terhasil ( Clarity ) dan Tuning Stability selain ia mudah diperolehi....Ia juga praktikal...

Namun untuk membuat nut dari tulang haiwan ini rumit dan renyah gerak kerjanya kerana struktur ketumpatan dan kekerasannya...Gitar2 High End keluaran jenama terkemuka banyak menggunakan nut dari tulang...

c ) Besi Aloi

Bahan besi yang popular dibuat nut ialah Brass iaitu campuran dari aluminium zink dan tembaga...Juga ada nut yang diperbuat dari Keluli Tahan Karat ( Stainless Steel )...Nut dari unsur2 besi ini sudah pastinya mempunyai daya ketahanan yang kukuh dan tahan lama...Juga menghasilkan dentingan tali yang optima...
 
Nut Brass untuk gitar




Nut Stainless Steel untuk Bass



Locking Nut untuk gitar elektrik


Sungguh pun ia diperbuat dari besi, ia masih berisiko untuk berdepan dengan masalah karat dan garit akibat haus terutamanya Locking Nut jika tidak diselenggara atau diikat terlalu ketat...

d ) Bahan Sintetik Campuran

Ia melibatkan adunan dan penglibatan beberapa agen kimia dan teknologi mesin...Antaranya ialah Tusq ( plastik ), Corian ( Acrylic Polymer ) dan Graphite ( Karbon )..Tusq adalah sejenis nut plastk tapi berkualiti tinggi...Ia bersifat tumpat dan tegap, tidak seperti nut plastik biasa...Tusq mampu mengurangkan geseran dan baik untuk Tuning Stability...

Nut TUSQ ( sebutannya 'TAS' )


Nut Corian


Nut Graphite


Nut dari Graphite juga baik untuk Tuning Stability kerana ia bersifat keras tapi licin di mana ia mampu mengurangkan geseran tali di dalam slot...Banyak guitar berkualiti menggunakan nut jenis ini...Namun demikian ada kelemahannya iaitu mudah haus kerana tidak keras seperti Tusq...

Trivia

PHC sendiri ada membuat nut dari tulang lembu mentah yang terpilih untuk dipasang pada gitar akustik, klasikal, elektrik dan bass...Tulang mentah dipotong, dirawat, dipotong dan diraut untuk dijadikan nut dan saddle...




Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC yang siap dipasang pada gitar Fender Stratocaster
 Para pelanggan juga memberikan maklumbalas yang baik terhadap pemasangan nut tulang pada gitar mereka...PHC tidak menggunakan tulang kerbau kerana ia terlalu keras yang mana ia melibatkan masa yang banyak untuk membentuknya menjadi nut...

 
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar klasikal Yamaha


 
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Telecaster
 
Pemasangan nut tulang lembu 4 string Bass LTD

Pemasangan nut tulang lembu 5 string Bass Cort


Pembuatan nut dari tulang memerlukan 200% fokus dan tools yang betul kerana sedikit kesilapan ketika membentuknya akan menyebabkan ia tidak boleh digunakan lagi...Kena buat sekali jalan tanpa gagal...Pemasangan nut dari tulang ini perlu seiring dengan setup pada instrumen...



Berikut adalah video bagaimana PHC buat nut dari tulang lembu untuk gitar Fender Japan ST72



Kesimpulannya, setiap apa yang dpasang pada gitar besar impaknya walaupun ia kecil...Gitar yang sudah disetup dan dinaiktaraf material nut bakal membuahkan hasil resonan bunyi yang lebih trampil jika disetup dengan sempurna...

Nut plastik yang berkualiti rendah tidak mencapai tahap prestasi optima

Nut tulang lembu yang sudah siap dipasang pada gitar Fender


Baiklah PHC berhenti setakat sini sahaja dahulu...Diharapkan entri ini dapat memberi pencerahan dan manfaat pada semua...

Selamat menggitar dan stay safe...

REPAIR | SETUP | REFRET
012-297 2898

LIKE FB PAGE
PAPA HERO CORNER GUITARS 
( KLIK SINI )

Sunday, June 21, 2020

Kenapa Fret Gitar Buzzing...?? Ini penyebabnya...

Assalamualaikum Salam Sejahtera Buat Sahabat2 Yang Dikasihi...

Alhamdulillah PHC diberi kesempatan masa untuk berkongsi topik kali ini...So sementara nak tunggu masa untuk setup gitar customer ni, rasanya eloklah PHC isikan masa yang terluang ni daripada membazir macam tu sahaja...Time is Gold...

So topik kali ini memang menjadi topik hangat sejak dari dulu lagi iaitu kenapa gitar buzzing...Tidak ramai yang tahu secara terperinci apa puncanya gitar jadi sedemikian rupa kerana dari segi zahirnya gitar tersebut langsung tidak nampak cacat celanya...Masalah yang tersirat ini tidak ramai yang faham fitrah yang sebetulnya kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar melainkan dengan deria pendengaran...Maka dalam ruangan ini diharapkan dapatlah memberi sedikit pencerahan kepada sahabat2 semua...


Untuk merungkai masalah yang tersirat ini supaya boleh dilihat, kita boleh menggunakan fret Rocker utk mengenalpasti fret mana yang buzzing...Maka setelah kita nampak fact and figurenya, barulah kita boleh tahu direction mana kita nak tuju...Bukan sekadar main gosok fret secara semberono sahaja tanpa mengetahui limit untuk digosok... 


 



Maka, untuk merungkai masalah gitar buzzing ini, biasanya PHC akan jadikan setiap perkara yang tersirat itu kepada yang tersurat...Bila segala2nya sudah tersurat, barulah kita boleh tahu ke mana direction yang kita nak tuju...Justeru itu, tidak akan berlaku try and error di dalam menyelesaikan masalah tersirat yang memeningkan kepala ni...

Apa itu Fret Buzzed...??

Fret Buzzed adalah bunyi yang pelik / menjengkelkan / sumbang apabila kita menekan tali ke fret ( Fretting )...Ada beberapa punca utamanya iaitu :

1 ) Level fret tidak sekata antara satu sama lain ( Uneven Frets)


Kredit : Haloguitars.com
Rujuk infografik di atas, ia menunjukkan dua fret yang sama level yakni apabila tali ditekan di fret 1, ia masih ada gap ( jarak ) di fret 2 yang membolehkan string terus bergetar tanpa gangguan...Dengan terdapat fret yang sempurna levelnya, maka gitar akan memperoleh tone yang sempurna dan secukup rasa walaupun string action disetup pada jarak 0.5mm 1st string @12th fret ( Super lowered ) dengan syarat neck allignment disetup dan Synchronized pada aras Neck Relief yang optimal...

Kredit : Haloguitar.com
Infografik di atas ini pula menunjukan ketidakseragaman level fret...Apabila tali ditekan pada fret 1, maka tali yang bergetar akan tersangkut pada fret 2 sekaligus akan menghasilkan tone bunyi yang tajam, menjengkelkan atau Dead Note...Ia juga mendatangkan kesan pada Intonation...Kalau fret di sebelahnya tinggi, pitch jadi syap...Disebabkan ini jugalah ramai pemilik gitar 'jammed' bila nak rendahkan tali gitar sendiri sebab buntu fret jadi Dead Note terus...

Kalau fret dah rendah ( weared ), pitch jadi flat..Maka bila kita bend string kena struggled lebih sikit untuk sampai ke note yang nak dituju...Itu yang membuatkan string rasa macam keras...

Antara punca ketidakseragaman fret level ialah kualiti workmanship dan jangka hayat fret yang sudah sampai masanya untuk ditukar...



Kenapa Gitar Baru Beli Buzzing...??

Ini adalah soalan yang paling top PHC selalu terima...Okay PHC akan cuba terangkan secara ringkas...

Pembuatan gitar2 Mass Production di kilang ( samada untuk pasaran Worldwide atau Domestik ) biasanya dilakukan oleh pekerja2 kilang...Ada yang mahir, ada yang kurang mahir, ada yang baru start kerja belajar buat gitar, ada yang tahu main gitar, ada yang tak tahu apa2 pasal gitar, ada pekerja lelaki dan ada pekerja wanita...Mereka diberi latihan oleh wakil tenaga pengajar jenama asal...Samada latihan itu berbentuk jangkamasa pendek atau sebaliknya, hanya mereka sahaja yang tahu...



Okay sekarang kita hanya fokus pada pemasangan fret sahaja...

a ) Rata2 fret yang dipasang di kilang menggunakan fret pressed machine di mana fret ditanam ke dalam fret slot dengan menggunakan mesin khas TANPA DIGAM...Namun ada juga yang menggunakan tukul khas dan dilakukan oleh pekerja wanita...Jelas kelihatan fret yang ditanam tidak menggunakan gam...


 


Ketika ini, kayu fretboard dalam kondisi 'masih dara' ( kayu baru )...Maka atas asbab ini fret slot tersebut mampu mencengkam akar fret dgn baik...Fret juga berisiko tidak boleh bertahan lama jika tidak digam dengan sebaiknya...


b ) Defectnya akan datang di kemudian hari...Sebarang aktiviti yang berlaku di atas fret akan memberi kesan...Suhu dan cuaca juga memainkan peranan dalam perubahan struktur kayu gitar terutamanya pada Neck kerana sentiasa menerima regangan tali ( String tensioning )...Fret boleh terangkat sana sini apabila terlalu kerap aktiviti berlaku ke atasnya...Contohnya dalam gambar di bawah di mana fret lama kelamaan semakin terangkat dan menyebabkan buzzing...Keadaan gitar ini sudah sangat teruk sehingga boleh dilihat dengan mata kasar...



Fret slot berisiko hilang cengkaman terutamanya fret bersaiz Extra Jumbo yang besar, degil dan keras jika tidak digam...Disebabkan kualiti kayu dan piawaian kualiti pemasangan yang rendah, Up Bow / Backbow Neck juga berisiko akan berlaku menyebabkan fret boleh terangkat dari slot kerana fret slot sudah hilang cengkaman akibat ketiadaan gam...Walaupun perubahan fret hanya melibatkan 0.2mm, every measurement is countable for string vibrations at each notes...



c ) Ada sebilangan besarnya tidak dilakukan fret leveling secara detail...Mana mungkin fret leveling dilakukan dengan sempurna jika 1000 gitar dikeluarkan dalam tempoh sebulan...Malah ada yang tidak dibuat fret leveling langsung...Kerja2 fret leveling dan fret crowning melibatkan Time and Cost consuming...Kerja2 fret leveling menuntut ketelitian untuk kesempurnaan hasil kerja...Ia makan masa bertahun2 untuk menguasai ilmu tersebut...Ia menuntut disiplin kerja yang tinggi...

 d ) Meskipun spec dan hardware yang dipasang pada gitar adalah jenis yang berkualti tinggi, namun ia tidak seiring jika aset gitar yang sebenar tidak diambil berat iaitu Neck Syncronization dan Fret Leveling...True tone gitar dan playbility yang sebenar2nya masih belum trampil...Ekspresi yang diingini masih belum tercapai hasilnya...



e ) Bergantung pada QC yang memeriksa gitar tersebut...Ia adalah benteng akhir yang membuat keputusan ke atas setiap pembuatan gitar...Jika QC sambil lewa asalkan gitar bunyi walaupun tali tinggi, maka itulah gitar yang kita bakal beli...

Kredit : NC Guitarworks

f ) Ada kemungkinan  QC pembuatan gitar Mass Production ini fokus pada kosmetik berbanding dengan kualiti tone dan playbility...Disiplin kerja seorang pekerja kilang dengan seorang Luthier Guitar adalah ibarat langit dengan bumi....Guitar Luthier berpengalaman biasanya akan menggunakan segala pancaindera yang ada padanya ke aras yang paling maksimum...Jiwanya adalah pada gitar, bukan pada gaji semata2...

Walau bagaimanapun, bukan semua gitar Mass Production itu teruk hasilnya...Ada juga yang ok...As long gitar tersebut berada dalam geometrical scale yang betul dan tidak out of intonation, ia masih berbaloi untuk dibeli...Gio, LTD, Squier, Jackson, Epiphone, Yamaha, Washburn pun terbaik di dalam kelasnya yang tersendiri...

ESP LTD M1000 Deluxe Korea

Inilah antara sebabnya kenapa ada gitar yang dibuat sehingga berpuluh ribu ringgit...Ia terhasil oleh kerja tangan yang sempurna dari orang yang kompeten...Pada hemah PHC, ini barulah namanya gitar High End, dibuat oleh antara manusia yang terbaik skillnya di dunia...

Secara tidak langsung, ini akan menjawab persoalan beza gitar murah dan gitar mahal...Nampak macam sama tapi di sebaliknya ia sangat berbeza...Itulah benda yang tersirat di sebalik pembuatan instrumen muzik...Achieved only 1% failure...

Gibson Les Paul Standard MiUSA 2011 yang dihantar ke PHC Guitars untuk restring dan servis
 Benda yang tersirat jangan kita terlepas pandang...Kalau boleh, elakkanlah dari membeli gitar2 tiruan untuk mengelakkan masalah yang menyakitkan kepala seperti ini...Ada yang baru beli dengan harga yang tidak kurang mahalnya tapi kena refret balik semua sekali kerana fret workmanship sangat teruk...Gitar tidak boleh dimainkan dengan baik...Playbility out...

Ibanez JEM fake


Bagaimana Mengatasi Masalah Fret Buzzed...??

Jika terlalu banyak Uneven frets, satu2nya cara untuk membaikpulihnya ialah dengan melakukan fret leveling jika masih belum haus...Fret digosok rata dan kemudian dibuat Crowning semula...Ia memerlukan daya kerja yang sabar dan teliti bagi memastikan gerak kerja menemui matlamat yang dihajati...

Ada 1001 cara dan tools untuk melakukannya...Tiada yang betul dan salah asalkan matlamat yang nak dituju itu tercapai hasil yang cemerlang...Berikut adalah gerak kerja Fret Leveling dan Pro Setup yang telah PHC buat ke atas gitar Gibson fake seorang customer ni...Dah beli tapi tak boleh nak main...




Baiklah PHC berhenti sampai sini sahaja dulu...Semoga ketemu di lain masa...Semoga  Bermanfaat...

Wassalam....

LIKE Page Papa Hero Corner Guitars ( KLIK SINI )

REPAIR | SETUP | REFRET
012-297 2898


Saturday, June 20, 2020

Beza Antara Pickup Aktif dan Pickup Pasif

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Yang Dikasihi... 

Alhamdulillah buat pertama kalinya PHC dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoret2 sikit di ruangan entri yang pertama ni...Seringkali PHC menerima pertanyaan melalui pm dalam page PHC MAJESTIC GUITARWORKS tentang soalan2 yang tidak kurang pentingnya untuk sama2 kita memahami fungsi dalam komponen2 gitar elektrik...

Maka topik pertama yang PHC nak kongsi pada ruangan kali ini ialah APA BEZA PICKUP AKTIF dengan PICKUP PASIF... Baiklah...

Sebelum kita memahami dengan lebih mendalam, terlebih dulu PHC nak terangkan serba ringkas APA ITU PICKUP...?? 

PICKUP ialah sejenis mekanisma yang menggunakan lilitan dawai tembaga ( Copper ) yang melitupi tiang magnet ( Magnetic Pole )  di mana ia akan menjadi sebuah medan magnet ( Magnetic Field ) yang mampu menyerap signal tenaga getaran tali dawai gitar ( tenaga mekanikal ), mengubahnya kepada signal arus ( tenaga elektrik ) yang dialirkan melalui kabel lalu mengubah menjadi tenaga bunyi di amplifier ( Amp )...




Ada pelbagai jenis pickup yang ada di pasaran...Ada jenis Single Coil, Humbucker, P90, Hot rail dan Mini Humbucker...Setiap jenis pickup ini mempunyai karisma dan karektornya yang tersendiri...Single Coil bunyi tajam kering...Ada yang lunak...Humbucker bunyinya tebal, gemuk dan Crunchy...P90 pula nak kata Humbucker pun tak, Single Coil pun tak...Jadi, ada pelbagai karektor yang telah direkabentuk oleh jurutera2 bunyi dan ahli Fizik yang terlibat dalam pembuatan instrumen muzik...


 
Gegelung dawai tembaga dan jenis2 magnet ini ada pelbagai spesifikasi oleh pengeluar Pickup seperti Seymour Duncan, EMG, Dimarzio dan Fender yang mana ia membentuk sesebuah karektor bunyi bagi model2 tertentu...Tapi itu nanti kita cerita la di topik yang lain la yek...

Beza Pickup Aktif ( Active Pickup ) dan Pickup Pasif ( Passive Pickup )

- Persamaan yang paling nyata ialah kedua2 jenis pickup ini mempunyai lilitan Copper yang melilit Magnetic Pole...Bezanya ialah Active Pickup menggunakan bateri 9V dan menggunakan Output Jack 3 terminal slug ( Hot, Ground dan Battery Ground ) manakala Output Jack untuk Passive Pickup hanya 2 terminal slug sahaja ( Hot dan Ground )...


Passive Pickup wiring diagram menunjukkan dua terminal slug iaitu Ground dan Hot

Active Pickup wiring diagram menunjukkan tiga terminal slug iaitu Ground, Hot dan Battery Ground


- Active Pickup mempunyai Output yang tinggi berbanding dengan Passive Pickup yang mana Outputnya lebih rendah...Maknanya Passive Pickup ni ada limit yang tertentu...Ini sekaligus bermakna pengguna Passive pickup memerlukan amp yang bagus utk boost tone gitar...

- Tone yang dihasilkan oleh Active Pickup lebih konsisten dari Passive Pickup...Ia lebih jelas dan aggresif bagi sesetengah model Active Pickup...

 - Kalau kita pakai gitar berkualiti rendah yang menggunakan Passive Pickup, maka tone yang dihasilkan mempunyai risiko kurang memberi ekspresi yang optima...Jika dibandingkan dengan gitar berkualiti rendah yang dipasang dengan Active Pickup, tone yang dihasilkan boleh menjadi beza 20% - 40% dari Passive Pickup sekaligus boleh mempengaruhi ekspresi permainan kerana penghasilan tone gitar yang lebih trampil...

- Jika kita seorang peminat muzik rock keras dan metal, secara peribadinya PHC berpendapat Active Pickup adalah pilihan yang baik...

Active Pickup EMG Bone Breaker Kirk Hammet ( Solderless )

- Active Pickup mampu menghasilkan tone bunyi yang lebih bersih kerana kurangnya tindakbalas bunyi yang tidak diingini di amplifier ( Feedback atau Interference )...Jika nak buat recording pun boleh dikatakan mudah untuk menyelaras bunyi...Nanti PHC akan cerita bab ni ya...

 - Active Pickup mampu berkobularasi dengan High Gain Distortion dengan baik berbanding dengan Passive Pickup...Antara contoh High Gain Distortion ialah Amptweaker, Diezel VH4, Metal Muff dan Friedman BE-OD...

- Untuk Bass pula, pemasangan Active Pickup rata2 menghasilkan clarity tone ( Kejelasan Tone  ) yang lebih baik...Memang sesuai untuk genre2 Rock Keras dan Metal...

- Namun begitu, kontranya ialah harga Active Pickup lebih mahal...Maknanya, jika kita beli gitar yang memang dah sediada dipasang Active Pickup pun adalah mahal...

 - Kena selalu beri perhatian bab penjagaan bateri...Jangan dibiarkan lama2 dalam housing bateri tu sebab lama2 ia akan teroksida ( Oxidized ) dan merosakkan terminal +-...Toksid dan asid dari bateri juga boleh terkeluar dari sarungnya...Contohnya macam kes gitar customer PHC yang lepas...Kena buat wiring semula...




Dari modal maintainance tak sampai RM10 terpaksa keluarkan kos berganda2 lagi untuk wiring semula....


Jika PHC ditanya pickup yang mana lagi okay...?? Jawapan PHC secara peribadi, dua2 pun okay...Tapi PHC memilih untuk menggunakan Passive Pickup...Ini adalah kerana :

- PHC banyak main solo lagu balada, pop dan Rock Klasik...
- Karektor Wide range oleh Passive Pickup mampu 'membawa' sekali tone kayu dan petikan Bone Pick yang PHC gunakan...Ia benar2 mampu mendatangkan ekspresi kejiwaan dalam lagu dengan lebih baik...Tapi kadang2 leceh sikit nak cari sound...

- kerana PHC mempunyai pelbagai koleksi gitar yang berkualiti baik dan sederhana baik...PHC juga mempunyai amp yang baik iaitu Marshall MG100DFX, Head and 4 x 12" Cab Kustom KG100HFX dan Kustom KG100FX212...( Boleyyy laaa kikikiki )



- Kalau pakai Passive Pickup, kalau boleh gunakanlah amp yang baik untuk boost kan lagi tone gitar kita...Ada orang tak kisah pakai amp apa pun, tapi PHC kisah hehehehe....Tapi, bohong la kalau PHC tak pernah langgar...Masa mula2 menggitar dulu pun langgar juga janji gitar bunyi...Belasah jer apa yang ada tapi itulah kemampuan pada waktu itu...

Tapi lama kelamaan tu terasa macam PHC ni perlu upgrade sebab nak pakai busking, lebih2 lagi bila dah bukak worksyop gitar ni haaa...Memang wajib laa pakai barang elok...Sound kena best...So, PHC belajar la slow2...Yer dop...???





Apa2 pun ikutlah kemampuan memasing yek...Tiada paksaan dalam bab upgrade ni mahupun bermuzika....Jangan lekas ikut orang...Listen to to yourself not what other people say...

Pada hemah PHC secara peribadi, tone jari sedap macamana sekalipun ia tidak seiring jika instrumen yang kita pakai tu jauh lebih rendah kualitinya...Kalau boleh, biarlah seimbang...Feel baik dan kualiti bunyi lebih trampil...

Tapi dalam konteks PHC ni, jangan la compare dengan tone jari Joe Sat plak ye...Tak aci tu bang kikikiki...

Baiklah PHC berhenti sampai sini sahaja dulu...In shaa Allah slow2 PHC akan share info2 dan ilmu2 yang ada tak seberapa ni...

Semoga Bermanfaat...

Wassalam...

REPAIR | SETUP | REFRET GITAR
012-297 2898