Thursday, February 12, 2026

Tahun 2025 - Tahun Gemilang PHC Guitars

 Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Budiman...

Alhamdulillah kembali semula menulis blog setelah beberapa tahun berehat...Al kisahnya nama Papa Hero pun bermula dari penulisan blog Kakimotong Dot Com pada tahun 2009 kalau tak silap...Kemudian diangkat oleh Majalah Mastika pada tahun 2010 dan seterusnya Selamat Pagi Malaysia RTM dan Malaysia Hari Ini TV3...Ketika itu perjuangan menyampaikan risalah menentang kezaliman terhadap haiwan...Di saat saya menaip coretan ini, waktu menunjukkan jam 5.08am, baru sahaja selesai membaiki sebuah gitar Ibanez fake...

Baru lepas bagi Si Ontet dan Si Adik ni makan...Si Oyen, Petro dan Restwan ( jumpa di mamak Restoran Rest One ) tengah terbungkang penat main kejar dengan lazer....Begitulah cara saya lepaskan kepenatan, mengumpulkan kembali ketenangan minda....Senyum dan ketawa adalah wajib setiap hari menurut rutin saya...Kesemuanya adalah kucing yang saya kutip di tepi jalan...

Saya akan jauhi segala posting2 di sosial media yang menyempitkan kepala...Diversion dari anasir jahat yang inginkan kita sentiasa berasa takut....

Sebenarnya saya nak cerita pasal Ibanez fake ni, tapi bila dah pegang tab ni rasa macam nak buka topik lain pulak...Tab ni wife sy yg belikan ketika menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 20..Alhamdulillah semuanya baik sahaja...Pendek kata, hidup saya synchronized....Ada masalah sikit tu biasa lah...Rugi kalau kita asyik muram je tiap hari...Pendek umur...

Tahun 2026, genap 11 tahun PHC Guitar ni wujud....Penuh dengan segala cabaran dan universiti kehidupan...Rasa sekejap masa berlalu kerana saya sentiasa memikirkan cara untuk meningkatkan taraf hidup dan melengkapkan keperluan anak2....Saya sedar tanpa ilmu, kita tidak ke mana2...Sentiasa terperangkap dalam dunia yang sama setiap hari...Maka dalam tempoh 11 tahun itulah tempoh saya mencari ilmu dan mengamalkannya...Nak fahamkan sesebuah ilmu, kita boleh hadam sekejap sahaja lebih lagi maklumat sekarang berada di hujung jari....Tapi nak bagi serasi dan menyempurnakan ilmu itu maka sikap dan disiplin diri perlu diperbaiki dulu....

Ia memakan masa yang sangat lama untuk menjadi mahir...

Inilah yang merubah hidup saya...Dengan alatan yang serba sederhana, saya mula membuat eksperimen dan ujikaji bagi setiap ilmu yang saya cuba hadamkan supaya tidak tergolong dalam golongan orang palatao...

Eksperimen yang saya jalankan kesemuanya adalah kategori berat...Saya tidak mempunyai masalah untuk mencubanya kerana dulu tugasan rutin saya adalah menyelesaikan masalah bangunan...Saya terlibat dalam beberapa projek mega bernilai ratusan juta malahan berbilion ringgit...Antara KL Sentral Hotel, Solaris Dutamas dan beberapa buah projek kerajaan di Putrajaya...Namun itu semua kisah lama...Saya telah memperoleh 'discipline of work' dan 'communication skills'...Itu paling penting...Keberanian untuk gagal telah banyak mengajar saya...

Al kisahnya pada Jun 2025. saya telah menerima tawaran daripada Gibson Guitar Avenue / Musicbliss untuk menjadi Content Creator....Saya telah menerima sebuah gitar Gibson Les Paul Slash yang bernilai RM15k...Sujud syukur saya pada masa itu...Inilah kejayaan terbesar saya sepanjang berkecimpung dalam dunia Guitar Luthiery....









Tahun 2025 juga adalah tahun gemilang buat PHC Guitar kerana telah mencapai sasaran sales...

Saya juga didatangi oleh Customer yang sangat bertoleransi dan baik hati...Bagi saya, itu juga adalah rezeki...Didatangkan sahabat2 yang baik...




Apa pun yang berlaku, saya tetap tidak melupakan sahabat2 yang sering menyokong saya...Saya ni bukan kuat mana pun sampai kadang terceduk juga...tetapi atas sokongan dan dorongan dari beberapa Customer yang kini menjadi kawan baik, ia sangat membantu untuk saya meneruskan perjuangan hidup ini...


@papaheroluthier Thx Sahabat2 Yang Join Live... 🔥 #GibsonMalaysia #ContentCreator #GibsonLesPaul #PHCmajesticGuitarworks #PapaHeroLuthier ♬ original sound - Papa Hero Luthier

Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan kesihatan yang baik...Itu adalah kurniaan yang paling penting dalam menjalani kehidupan seharian...


Okay cukup setakat ini coretan untuk kali ini...In shaa Allah entri yang akan datang saya akan kongsikan cerita gitar yang telah saya baiki...

Hingga kita berjumpa lagi...

Wasalam

Sunday, November 7, 2021

Review Guitar Fender HM Japan Limited Edition - Pro Setup dan Reintonation | Tips Setup FloydRose

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab hari ni PH ada mood utk update blog setelah sekian lama bersawang...Tapi mood ni tak bape nak ada sebab PH tgh ngantuk...Baru je habis setel kan Ibanez JS Series Si Afiq Rembau ni...Menggagau gak la PH nak cari balik option2 button nak update gambar ni...Nak embed bagai...Lupa dah semua...Blogger punya format pun dah baru...

Fender HM Strat...Owner Akif Hakimi





Owh ye...PH ni mmg blogger...Sejak 2009...Blog PH top sampai masuk TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia...Boleh kata semua media perdana dah masuk termasukla sok kabar Metro...Nama PH juga pernah disebut di Dewan Rakyat oleh Datuk Halimah Sadique ketika membentangkan pindaan rang undang2 Kebajikan Haiwan 2016...Tak ingat tahun berapa...Tapi takpelah itu semua benda lama malas nak ingat lagi...As long perjuangan PH menjaga hak haiwan melalui penulisan telah menyedarkan ramai orang, itupun PH dah hepi...

Ni blog yang PH maksudkan tu ( KLIK SINI )...Rindu kat kawan2 Blogger lama...Ada yg dah meninggal...Dari blog ni juga PH peroleh pendapatan hasil affiliate dengan Nuffnang...Dapat la sikit beli makanan untuk kucing jalanan pada masa tu...

Ok lah mata PH dah rabak...Ni PH nak share sikit tentang review gitar Fender HM Strat by Fender...Segala masalah yg ada pada gitar ni PH dah citer semua dalam video...

Semoga ilmu dan tips yang PH bagi tu bermanfaat buat semua...



Ilmu tu Allah punya...Bukan PH punya...Allah hantarkan PH ilmu ketika sedang ditimpa musibah dan PH usahakan sampai la PH berjaya keluar dari musibah tu....Bila dah dapat ilmu tu, PH sampai terbang ke Guang Zhao China utk explore sebaik sahaja PHC Guitar ni wujud....Nanti slow2 PH citer yek apa PH buat kat sana...Terima kasih laa pada wife yg sudi temankan PH naik flight sampai ke China walaupun sedang sarat mengandungkan Dik Mukhriz masa tu...Si kembar dan Dik Adam pun ikut sekali pi sana...

Malas arr nak ingat pasal musibah tu...Pedihnya terlalu dalam...I choose to be happy...

Ok sahabat2 yg dikasihi...

Jemput layan...Jangan lupa Subscribe channel PH tu...

Wasalam

REPAIR | SETUP | REFRET | RESTORE
0122972898



Thursday, July 16, 2020

Epiphone Les Paul Standard Goldtop Baru Dibeli Tapi Buzzing Teruk...!!!

Assalamualaikum Salam Sejahtera Buat Sahabat2 Semua

Al kisahnya gitar kali ini menampilkan sebuah gitar yang tidak kurangnya menjadi idaman ramai iaitu Epiphone Les Paul Standard Goldtop 2020...Gitar ini baru sahaja dibeli oleh Saudara Harez dari Bangi dengan harga RM2.5k di Swee Lee ( tak pasti pula cawangan yang mana )...

Masalah utama gitar ini ialah tali buzzing apabila direndahkan...Sewaktu dibeli, gitar disetup dengan tali yang tinggi ( Factory Setup ) untuk elakkan bunyi buzzing dan Dead Note...Namun usaha untuk mendapatkan string action yang optimum gagal setelah bermacam cara telah dilakukan...

Maka oleh sebab itu, gitar ini dihantar oleh beliau ke kedai PHC untuk post mortem dan dibuat Pro Setup semula...Untuk makluman semua, ini adalah masalah lazim untuk gitar2 mass production macam ni...Factory Setup selalunya kurang memuaskan walaupun tidak semua...Nasib laa siapa yang kena...Ini bukan masalah Seller tapi masalah Factory Setup ( Ori Made In China )...

BACA : KENAPA FRET GITAR BUZZING.??? ( KLIK SINI )





Pada hari gitar ini dihantar ke PHC, kami sama2 buat inspection kat gitar tu...Dan seperti yang dijangka, masalah utama gitar ini ialah Uneven Frets...Juga terdapat masalah Intonation yang tidak optimum di string 1 2 3...

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua... Video ini menunjukkan buzzed frets iaitu fret yang tidak sama tinggi...
Posted by Papa Hero Corner Guitars on Thursday, 16 July 2020

Maka masalah yang tersirat telah pun disuratkan dengan jelas...Gitar terpaksa 'masuk wad' untuk tempoh selama ia dilaksanakan Full Setup... Terdapat terlalu banyak fret yang tidak seragam levelnya...


Rupa Headstock edisi 2020 sudah hampir menyamai Gibson


Setakat pengamatan PHC dengan teliti, finishing gitar ini sangat baik dan tiada cacat cela...


Fret yang ditanda arrow menunjukkan ketidakseragaman level fret

14 dari 22 batang fret Nickel adalah Buzzed Frets...

Fret telah digosok sama tinggi dengan menggunakan Steel Leveling Bar



Fret yang rata digosok dibuat Crowning semula untuk dibentuk bulat semula


Kesemua fret sudah dibuat Crowning




Fretboard Dressing sudah siap dilakukan...Kehalusan, kelicinan dan warnanya lebih trampil...





Posisi Saddle selepas Reintonation


Gitar sudah siap disetup dan dimasukkan ke dalam Hardcase Gator



 


Pemilik gitar ini Saudara Harez sedang menguji gitar yang siap disetup semula


 Berikut adalah Demo Sound gitar ini...Maaflah PHC hanya mainkan lagu2 slow sebab kepenatan...


Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua Demo Sound Epiphone Les Paul Standard ( Leveling + Pro Setup +...
Posted by Papa Hero Corner Guitars on Monday, 13 July 2020

Okay PHC berhenti sampai sini sahaja dulu...In Shaa Allah ada masa nanti PHC up story gitar2 yang lain pulak...Macam2 masalah ada...Jka ada shabat2 nak hantar gitar untuk disetup atau dibaiki bolehlah roger2 yek...

Wasalam

REPAIR | SETUP | REFRET
0122972898