Showing posts with label gitar buzzing. Show all posts
Showing posts with label gitar buzzing. Show all posts

Sunday, November 7, 2021

Review Guitar Fender HM Japan Limited Edition - Pro Setup dan Reintonation | Tips Setup FloydRose

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua....

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi sebab hari ni PH ada mood utk update blog setelah sekian lama bersawang...Tapi mood ni tak bape nak ada sebab PH tgh ngantuk...Baru je habis setel kan Ibanez JS Series Si Afiq Rembau ni...Menggagau gak la PH nak cari balik option2 button nak update gambar ni...Nak embed bagai...Lupa dah semua...Blogger punya format pun dah baru...

Fender HM Strat...Owner Akif Hakimi





Owh ye...PH ni mmg blogger...Sejak 2009...Blog PH top sampai masuk TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia...Boleh kata semua media perdana dah masuk termasukla sok kabar Metro...Nama PH juga pernah disebut di Dewan Rakyat oleh Datuk Halimah Sadique ketika membentangkan pindaan rang undang2 Kebajikan Haiwan 2016...Tak ingat tahun berapa...Tapi takpelah itu semua benda lama malas nak ingat lagi...As long perjuangan PH menjaga hak haiwan melalui penulisan telah menyedarkan ramai orang, itupun PH dah hepi...

Ni blog yang PH maksudkan tu ( KLIK SINI )...Rindu kat kawan2 Blogger lama...Ada yg dah meninggal...Dari blog ni juga PH peroleh pendapatan hasil affiliate dengan Nuffnang...Dapat la sikit beli makanan untuk kucing jalanan pada masa tu...

Ok lah mata PH dah rabak...Ni PH nak share sikit tentang review gitar Fender HM Strat by Fender...Segala masalah yg ada pada gitar ni PH dah citer semua dalam video...

Semoga ilmu dan tips yang PH bagi tu bermanfaat buat semua...



Ilmu tu Allah punya...Bukan PH punya...Allah hantarkan PH ilmu ketika sedang ditimpa musibah dan PH usahakan sampai la PH berjaya keluar dari musibah tu....Bila dah dapat ilmu tu, PH sampai terbang ke Guang Zhao China utk explore sebaik sahaja PHC Guitar ni wujud....Nanti slow2 PH citer yek apa PH buat kat sana...Terima kasih laa pada wife yg sudi temankan PH naik flight sampai ke China walaupun sedang sarat mengandungkan Dik Mukhriz masa tu...Si kembar dan Dik Adam pun ikut sekali pi sana...

Malas arr nak ingat pasal musibah tu...Pedihnya terlalu dalam...I choose to be happy...

Ok sahabat2 yg dikasihi...

Jemput layan...Jangan lupa Subscribe channel PH tu...

Wasalam

REPAIR | SETUP | REFRET | RESTORE
0122972898



Thursday, July 16, 2020

Epiphone Les Paul Standard Goldtop Baru Dibeli Tapi Buzzing Teruk...!!!

Assalamualaikum Salam Sejahtera Buat Sahabat2 Semua

Al kisahnya gitar kali ini menampilkan sebuah gitar yang tidak kurangnya menjadi idaman ramai iaitu Epiphone Les Paul Standard Goldtop 2020...Gitar ini baru sahaja dibeli oleh Saudara Harez dari Bangi dengan harga RM2.5k di Swee Lee ( tak pasti pula cawangan yang mana )...

Masalah utama gitar ini ialah tali buzzing apabila direndahkan...Sewaktu dibeli, gitar disetup dengan tali yang tinggi ( Factory Setup ) untuk elakkan bunyi buzzing dan Dead Note...Namun usaha untuk mendapatkan string action yang optimum gagal setelah bermacam cara telah dilakukan...

Maka oleh sebab itu, gitar ini dihantar oleh beliau ke kedai PHC untuk post mortem dan dibuat Pro Setup semula...Untuk makluman semua, ini adalah masalah lazim untuk gitar2 mass production macam ni...Factory Setup selalunya kurang memuaskan walaupun tidak semua...Nasib laa siapa yang kena...Ini bukan masalah Seller tapi masalah Factory Setup ( Ori Made In China )...

BACA : KENAPA FRET GITAR BUZZING.??? ( KLIK SINI )





Pada hari gitar ini dihantar ke PHC, kami sama2 buat inspection kat gitar tu...Dan seperti yang dijangka, masalah utama gitar ini ialah Uneven Frets...Juga terdapat masalah Intonation yang tidak optimum di string 1 2 3...

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua... Video ini menunjukkan buzzed frets iaitu fret yang tidak sama tinggi...
Posted by Papa Hero Corner Guitars on Thursday, 16 July 2020

Maka masalah yang tersirat telah pun disuratkan dengan jelas...Gitar terpaksa 'masuk wad' untuk tempoh selama ia dilaksanakan Full Setup... Terdapat terlalu banyak fret yang tidak seragam levelnya...


Rupa Headstock edisi 2020 sudah hampir menyamai Gibson


Setakat pengamatan PHC dengan teliti, finishing gitar ini sangat baik dan tiada cacat cela...


Fret yang ditanda arrow menunjukkan ketidakseragaman level fret

14 dari 22 batang fret Nickel adalah Buzzed Frets...

Fret telah digosok sama tinggi dengan menggunakan Steel Leveling Bar



Fret yang rata digosok dibuat Crowning semula untuk dibentuk bulat semula


Kesemua fret sudah dibuat Crowning




Fretboard Dressing sudah siap dilakukan...Kehalusan, kelicinan dan warnanya lebih trampil...





Posisi Saddle selepas Reintonation


Gitar sudah siap disetup dan dimasukkan ke dalam Hardcase Gator



 


Pemilik gitar ini Saudara Harez sedang menguji gitar yang siap disetup semula


 Berikut adalah Demo Sound gitar ini...Maaflah PHC hanya mainkan lagu2 slow sebab kepenatan...


Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua Demo Sound Epiphone Les Paul Standard ( Leveling + Pro Setup +...
Posted by Papa Hero Corner Guitars on Monday, 13 July 2020

Okay PHC berhenti sampai sini sahaja dulu...In Shaa Allah ada masa nanti PHC up story gitar2 yang lain pulak...Macam2 masalah ada...Jka ada shabat2 nak hantar gitar untuk disetup atau dibaiki bolehlah roger2 yek...

Wasalam

REPAIR | SETUP | REFRET
0122972898



Tuesday, June 23, 2020

Setup dan Intonasi Semula Gitar Fender Mexico Jimi Hendrix Signature

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua...

Okay kali ni PHC nak share pasal gitar Fender Stratocaster ni...Dihantar untuk setup oleh Saudara Azrul dari Semenyih juga...

Ini adalah Fender Mexico Jimi Hendrix Stratocaster...Olympic White Solid body...


Memang cair sesiapa sahaja yang melihatnya...Gitar ni dah lama tapi dijaga rapi oleh pemiliknya...



Headstock terbalik ( Reverse Headstock ) yang menampakkan lagi kelainannya...


Masalah utamanya, saddle sudah disetup rendah tapi tali masih tinggi ( sekitar 1.5mm 1st string )...Kelihatan dengan jelas juga skru Alan Key terbonjol keluar sehingga menyebabkan tapak tangan terasa tajam apabila Palm Mute...Ia mendatangkan ketidakselesaan...Terasa macam ada sikit gangguan masa PHC test...Radius saddle juga kelihatan tidak konsisten...Juga ada terdapat buzzed fret...Ada not yang buzzing mengeluarkan bunyi tidak enak apabila tali ditekan ke fret...


Intonasi ( Intonation ) juga tidak berada dalam kedudukan yang optimum...Ada pitch flat dan syap di fret 14th ke atas...Boleh dengar dengan jelas melalui pendengaran kasar...


Bolt on neck dibuka bagi tujuan setup dan servis...Neck angle perlu diselaraskan semula...



Bahagian pickguard dibuka untuk servis komponen2 elektronik dalaman...Dibersihkan dan disembur dengan Contact Cleaner untuk mengelakkan ia teroksida ( Oxidized )


Ada terdapat stiker yang tertera nama2 mereka yang terlibat dalam proses QC gitar ini...Baru la steady....


Di dalam routed cavity juga ada tertampal nombor siri body...Nombor ni PHC dah ambik gambar closed up dan diberi pada owner in untuk simpanan...Mana la tau ia berguna kalau gitar hilang kena curi...So inilah bukti kukuh kalau kita nak claim gitar tu kita punya kalau terjumpa balik...

Terdapat tiga lubang bulat kat tepi tu...Itu adalah CNC marking...Maknanya gitar ini dibuat oleh CNC machine...Sempurna geometrikal potongan dan routingnya...


Keadaan saddle selepas Intonation diselaraskan semula...Pitch pun sudah konsisten takde bunyi menggigil lagi...


Truss rod diselaraskan semula memandangkan terdapat upbow neck yang agak teruk...Ini antara punca tali jadi tinggi...



 Gitar sudah siap disetup dan diintonasi semula...




Alhamdulillah selesai gerak kerja setup gitar ni...Mempunyai tone yang lunak dan selesa dimainkan...Masa nak test gitar ni, tiba2 datang satu feel yang PHC rasa sangat sesuai dimainkan lagu tu ketika ini...teringat pada arwah bapa tiri yang telah meninggal pada March 2020 yang lepas...

Maka inilah demo soundnya...Record direct handphone je...


Baiklah PHC berhenti sampai takat ni jer dulu...Kalau ada yang nak hantar hantar gitar untuk disetup roger2 yek...

Wassalam...

REPAIR | SETUP | REFRET
0122972898


Monday, June 22, 2020

Nut Gitar dan Apa Fungsinya...?? Ini Jawapannya...

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Buat Sahabat2 Yang Dikasihi Sekalian...

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam ruangan entri kali ini...Untuk penulisan ini, PHC ingin berkongsi mengenai satu komponen yang kecil pada gitar tapi sangat besar peranannya dalam instrumen muzik yang bertali...


Bukan sahaja gitar, malah gambus, biola, Cello, bass malah mandolin dan Shamisen juga wajib dipasang komponen ini...

Apa Itu Nut Gitar...??

Nut ialah sebuah alat yang menjadi penahan regangan dan pemegang tali ( Open String ) yang merentas di atas fretboard melalui Bridge... Ia juga adalah posisi permulaan untuk mengukur skala gitar ( Guitar Scale ) iaitu dari hujung nut hingga ke saddle...Posisinya diletakkan di bahagian headstock dan dekat dengan tuning machine...

Tugas nut untuk menahan regangan tali akan berhenti apabila kita menekan tali di fret ( Fretting ) samada ketika solo atau bermain kord...Jari yang kuat mampu mengambil alih tugas nut dengan baik sekaligus menghasilkan tone bunyi dan sustain yang optimal ketika Fretting 

Gibson Les Paul Standard MiUSA dihantar ke PHC Guitars untuk diservis
 Walau bagaimanapun, apa sahaja bahan yang dipasang mampu mempengaruhi tone bunyi...Ini bermakna tone dari nut tersebut masih Blend dengan body kayu gitar lalu diserap oleh Pickup walaupun jari telah mengambil alih tugasnya...

Nut mempunyai jarak geometrikal tertentu bagi menentukan posisi jarak tali antara satu sama lain ( X datumn string spacing ) dan mempunyai jurang kedalaman ( slot depth ) iaitu Y Datumn...Panjangnya mesti seiring dengan pangkal 1st fingerboard...


X : String Spacing | Y : Nut Slot



Jarak string spacing ( X Datumn ) di nut yang optimal sangat penting bagi memastikan keseimbangan jari supaya tidak bertindan ketika Fretting tali...

Kedalaman nut slot ( Y Datumn ) yang optimal juga sangat penting bagi memastikan ia tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi...

 Jika nut slot terlalu rendah, tali berisiko akan tersangkut di fret yang paling depan ( 1st fret ) dan akan menyebabkan Open String buzzing apabila dipetik...

Jika nut slot terlalu tinggi pula, ia akan berisiko menyebabkan string terasa keras ketika fretting sekaligus mendatangkan kesan pada intonasi ( Intonation )...Ia juga berisiko menyebabkan gelinciran tali keluar dari nut slot...



Nut yang optimal ialah ia mempunyai Nut Slot yang mengikut saiz tali ( String Gauge )...Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar...

Fender Japan dipasang nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC
Nut slot yang bersaiz yang lebih besar dari tali berisiko menyebabkan gitar buzzing seperti bunyi sitar akibat getaran tali yang berlaku di dalam Nut Slot...Ia gagal memegang regangan tali dengan baik....Ia juga berisiko menyebabkan ketidakstabilan tuning...

Nut slot yang bersaiz kecil dari tali menyebabkan bahagian atas tali ( Top of String ) akan terbonjol sekaligus berisiko akan menyebabkan gelinciran tali dari slot terutamanya ketika membuat string bending...


Apakah Material Yang Digunakan Untuk Membuat Nut...??

Ada nut yang diperbuat dari bahan2 organik, besi aloi dan bahan sintetik campuran...Semakin keras struktur bahannya, maka semakin baik kualiti prestasinya...

Nut Organik : diambil dari kayu, tulang, tanduk dan gading haiwan...Walau bagaimanapun pengambilan bahan2 organik dari haiwan ini tertakluk pada akta undang2 hidupan haiwan liar seperti gajah...

a ) Kayu

Kayu yang selalu digunakan untuk membuat nut ialah Ebony...Kayu ini mempunyai struktur yang tumpat dan sangat keras...Ia mampu menghasilkan dentingan tali yang jitu dan menghasilkan tone bunyi yang lunak...Instrumen bertali selain dari gitar seperti biola dan Cello juga ada dipasang dengan nut dari kayu keras ini...






b ) Tulang dan Tanduk Haiwan

Tulang dan tanduk yang selalu digunakan ialah tulang lembu dan kerbau...Ada juga buatan nut tulang atau tanduk mengikut jenis2 haiwan yang terdapat di benua tertentu...Contohnya buatan gitar custom High End dari benua Afrika menggunakan tulang atau gading gajah ( yang telah pun mati ) dan unta ( buatan instrumen bertali dari Timur tengah )...Maka tone bunyi dari setiap benua itu mempunyai variasi dan trademark karektor bunyi dari benua masing2...

Tulang lembu mentah yang keras dan tumpat menggantikan nut plastik berkualiti rendah yang telah  reput


Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Stratocaster

Nut dari tulang mempunyai sambutan yang baik di kalangan luthier dan sang penggitar kerana  kejelasan tone yang terhasil ( Clarity ) dan Tuning Stability selain ia mudah diperolehi....Ia juga praktikal...

Namun untuk membuat nut dari tulang haiwan ini rumit dan renyah gerak kerjanya kerana struktur ketumpatan dan kekerasannya...Gitar2 High End keluaran jenama terkemuka banyak menggunakan nut dari tulang...

c ) Besi Aloi

Bahan besi yang popular dibuat nut ialah Brass iaitu campuran dari aluminium zink dan tembaga...Juga ada nut yang diperbuat dari Keluli Tahan Karat ( Stainless Steel )...Nut dari unsur2 besi ini sudah pastinya mempunyai daya ketahanan yang kukuh dan tahan lama...Juga menghasilkan dentingan tali yang optima...
 
Nut Brass untuk gitar




Nut Stainless Steel untuk Bass



Locking Nut untuk gitar elektrik


Sungguh pun ia diperbuat dari besi, ia masih berisiko untuk berdepan dengan masalah karat dan garit akibat haus terutamanya Locking Nut jika tidak diselenggara atau diikat terlalu ketat...

d ) Bahan Sintetik Campuran

Ia melibatkan adunan dan penglibatan beberapa agen kimia dan teknologi mesin...Antaranya ialah Tusq ( plastik ), Corian ( Acrylic Polymer ) dan Graphite ( Karbon )..Tusq adalah sejenis nut plastk tapi berkualiti tinggi...Ia bersifat tumpat dan tegap, tidak seperti nut plastik biasa...Tusq mampu mengurangkan geseran dan baik untuk Tuning Stability...

Nut TUSQ ( sebutannya 'TAS' )


Nut Corian


Nut Graphite


Nut dari Graphite juga baik untuk Tuning Stability kerana ia bersifat keras tapi licin di mana ia mampu mengurangkan geseran tali di dalam slot...Banyak guitar berkualiti menggunakan nut jenis ini...Namun demikian ada kelemahannya iaitu mudah haus kerana tidak keras seperti Tusq...

Trivia

PHC sendiri ada membuat nut dari tulang lembu mentah yang terpilih untuk dipasang pada gitar akustik, klasikal, elektrik dan bass...Tulang mentah dipotong, dirawat, dipotong dan diraut untuk dijadikan nut dan saddle...




Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC yang siap dipasang pada gitar Fender Stratocaster
 Para pelanggan juga memberikan maklumbalas yang baik terhadap pemasangan nut tulang pada gitar mereka...PHC tidak menggunakan tulang kerbau kerana ia terlalu keras yang mana ia melibatkan masa yang banyak untuk membentuknya menjadi nut...

 
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar klasikal Yamaha


 
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Telecaster
 
Pemasangan nut tulang lembu 4 string Bass LTD

Pemasangan nut tulang lembu 5 string Bass Cort


Pembuatan nut dari tulang memerlukan 200% fokus dan tools yang betul kerana sedikit kesilapan ketika membentuknya akan menyebabkan ia tidak boleh digunakan lagi...Kena buat sekali jalan tanpa gagal...Pemasangan nut dari tulang ini perlu seiring dengan setup pada instrumen...



Berikut adalah video bagaimana PHC buat nut dari tulang lembu untuk gitar Fender Japan ST72



Kesimpulannya, setiap apa yang dpasang pada gitar besar impaknya walaupun ia kecil...Gitar yang sudah disetup dan dinaiktaraf material nut bakal membuahkan hasil resonan bunyi yang lebih trampil jika disetup dengan sempurna...

Nut plastik yang berkualiti rendah tidak mencapai tahap prestasi optima

Nut tulang lembu yang sudah siap dipasang pada gitar Fender


Baiklah PHC berhenti setakat sini sahaja dahulu...Diharapkan entri ini dapat memberi pencerahan dan manfaat pada semua...

Selamat menggitar dan stay safe...

REPAIR | SETUP | REFRET
012-297 2898

LIKE FB PAGE
PAPA HERO CORNER GUITARS 
( KLIK SINI )