Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam ruangan entri kali ini...Untuk penulisan ini, PHC ingin berkongsi mengenai satu komponen yang kecil pada gitar tapi sangat besar peranannya dalam instrumen muzik yang bertali...
Bukan sahaja gitar, malah gambus, biola, Cello, bass malah mandolin dan Shamisen juga wajib dipasang komponen ini...
Apa Itu Nut Gitar...??
Nut ialah sebuah alat yang menjadi penahan regangan dan pemegang tali ( Open String ) yang merentas di atas fretboard melalui Bridge... Ia juga adalah posisi permulaan untuk mengukur skala gitar ( Guitar Scale ) iaitu dari hujung nut hingga ke saddle...Posisinya diletakkan di bahagian headstock dan dekat dengan tuning
machine...
Tugas nut untuk menahan regangan tali akan berhenti apabila kita menekan tali di fret ( Fretting ) samada ketika solo atau bermain kord...Jari yang kuat mampu mengambil alih tugas nut dengan baik sekaligus menghasilkan tone bunyi dan sustain yang optimal ketika Fretting
![]() |
Gibson Les Paul Standard MiUSA dihantar ke PHC Guitars untuk diservis |
Walau bagaimanapun, apa sahaja bahan yang dipasang mampu mempengaruhi tone bunyi...Ini bermakna tone dari nut tersebut masih Blend dengan body kayu gitar lalu diserap oleh Pickup walaupun jari telah mengambil alih tugasnya...
Nut mempunyai jarak geometrikal tertentu bagi menentukan posisi jarak tali antara satu sama lain ( X datumn string spacing ) dan mempunyai jurang kedalaman ( slot depth ) iaitu Y Datumn...Panjangnya mesti seiring dengan pangkal 1st fingerboard...
![]() | |||
X : String Spacing | Y : Nut Slot |
Jarak string spacing ( X Datumn ) di nut yang optimal sangat penting bagi memastikan keseimbangan jari supaya tidak bertindan ketika Fretting tali...
Kedalaman nut slot ( Y Datumn ) yang optimal juga sangat penting bagi memastikan ia tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi...
Jika nut slot terlalu rendah, tali berisiko akan tersangkut di fret yang paling depan ( 1st fret ) dan akan menyebabkan Open String buzzing apabila dipetik...
Jika nut slot terlalu rendah, tali berisiko akan tersangkut di fret yang paling depan ( 1st fret ) dan akan menyebabkan Open String buzzing apabila dipetik...
Jika nut slot terlalu tinggi pula, ia akan berisiko menyebabkan string terasa keras ketika fretting sekaligus mendatangkan kesan pada intonasi ( Intonation )...Ia juga berisiko menyebabkan gelinciran tali keluar dari nut slot...
Nut yang optimal ialah ia mempunyai Nut Slot yang mengikut saiz tali ( String Gauge )...Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar...
![]() |
Fender Japan dipasang nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC |
Nut slot yang bersaiz yang lebih besar dari tali berisiko menyebabkan gitar buzzing seperti bunyi sitar akibat getaran tali yang berlaku di dalam Nut Slot...Ia gagal memegang regangan tali dengan baik....Ia juga berisiko menyebabkan ketidakstabilan tuning...
Nut slot yang bersaiz kecil dari tali menyebabkan bahagian atas tali ( Top of String ) akan terbonjol sekaligus berisiko akan menyebabkan gelinciran tali dari slot terutamanya ketika membuat string bending...
Apakah Material Yang Digunakan Untuk Membuat Nut...??
Ada nut yang diperbuat dari bahan2 organik, besi aloi dan bahan sintetik campuran...Semakin keras struktur bahannya, maka semakin baik kualiti prestasinya...
Nut Organik : diambil dari kayu, tulang, tanduk dan gading haiwan...Walau bagaimanapun pengambilan bahan2 organik dari haiwan ini tertakluk pada akta undang2 hidupan haiwan liar seperti gajah...
a ) Kayu
Kayu yang selalu digunakan untuk membuat nut ialah Ebony...Kayu ini mempunyai struktur yang tumpat dan sangat keras...Ia mampu menghasilkan dentingan tali yang jitu dan menghasilkan tone bunyi yang lunak...Instrumen bertali selain dari gitar seperti biola dan Cello juga ada dipasang dengan nut dari kayu keras ini...
b ) Tulang dan Tanduk Haiwan
Tulang dan tanduk yang selalu digunakan ialah tulang lembu dan kerbau...Ada juga buatan nut tulang atau tanduk mengikut jenis2 haiwan yang terdapat di benua tertentu...Contohnya buatan gitar custom High End dari benua Afrika menggunakan tulang atau gading gajah ( yang telah pun mati ) dan unta ( buatan instrumen bertali dari Timur tengah )...Maka tone bunyi dari setiap benua itu mempunyai variasi dan trademark karektor bunyi dari benua masing2...
![]() |
Tulang lembu mentah yang keras dan tumpat menggantikan nut plastik berkualiti rendah yang telah reput |
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Stratocaster |
Nut dari tulang mempunyai sambutan yang baik di kalangan luthier dan sang penggitar kerana kejelasan tone yang terhasil ( Clarity ) dan Tuning Stability selain ia mudah diperolehi....Ia juga praktikal...
Namun untuk membuat nut dari tulang haiwan ini rumit dan renyah gerak kerjanya kerana struktur ketumpatan dan kekerasannya...Gitar2 High End keluaran jenama terkemuka banyak menggunakan nut dari tulang...
c ) Besi Aloi
Bahan besi yang popular dibuat nut ialah Brass iaitu campuran dari aluminium zink dan tembaga...Juga ada nut yang diperbuat dari Keluli Tahan Karat ( Stainless Steel )...Nut dari unsur2 besi ini sudah pastinya mempunyai daya ketahanan yang kukuh dan tahan lama...Juga menghasilkan dentingan tali yang optima...
![]() | |
Nut Brass untuk gitar |
![]() |
Nut Stainless Steel untuk Bass |
![]() |
Locking Nut untuk gitar elektrik |
Sungguh pun ia diperbuat dari besi, ia masih berisiko untuk berdepan dengan masalah karat dan garit akibat haus terutamanya Locking Nut jika tidak diselenggara atau diikat terlalu ketat...
d ) Bahan Sintetik Campuran
Ia melibatkan adunan dan penglibatan beberapa agen kimia dan teknologi mesin...Antaranya ialah Tusq ( plastik ), Corian ( Acrylic Polymer ) dan Graphite ( Karbon )..Tusq adalah sejenis nut plastk tapi berkualiti tinggi...Ia bersifat tumpat dan tegap, tidak seperti nut plastik biasa...Tusq mampu mengurangkan geseran dan baik untuk Tuning Stability...
![]() |
Nut TUSQ ( sebutannya 'TAS' ) |
![]() |
Nut Corian |
![]() |
Nut Graphite |
Nut dari Graphite juga baik untuk Tuning Stability kerana ia bersifat keras tapi licin di mana ia mampu mengurangkan geseran tali di dalam slot...Banyak guitar berkualiti menggunakan nut jenis ini...Namun demikian ada kelemahannya iaitu mudah haus kerana tidak keras seperti Tusq...
Trivia
PHC sendiri ada membuat nut dari tulang lembu mentah yang terpilih untuk dipasang pada gitar akustik, klasikal, elektrik dan bass...Tulang mentah dipotong, dirawat, dipotong dan diraut untuk dijadikan nut dan saddle...
![]() |
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC yang siap dipasang pada gitar Fender Stratocaster |
Para pelanggan juga memberikan maklumbalas yang baik terhadap pemasangan nut tulang pada gitar mereka...PHC tidak menggunakan tulang kerbau kerana ia terlalu keras yang mana ia melibatkan masa yang banyak untuk membentuknya menjadi nut...
![]() |
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar klasikal Yamaha |
![]() | |
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Telecaster |
![]() |
Pemasangan nut tulang lembu 4 string Bass LTD |
![]() |
Pemasangan nut tulang lembu 5 string Bass Cort |
Pembuatan nut dari tulang memerlukan 200% fokus dan tools yang betul kerana sedikit kesilapan ketika membentuknya akan menyebabkan ia tidak boleh digunakan lagi...Kena buat sekali jalan tanpa gagal...Pemasangan nut dari tulang ini perlu seiring dengan setup pada instrumen...
Berikut adalah video bagaimana PHC buat nut dari tulang lembu untuk gitar Fender Japan ST72
![]() |
Nut plastik yang berkualiti rendah tidak mencapai tahap prestasi optima |
![]() |
Nut tulang lembu yang sudah siap dipasang pada gitar Fender |
Baiklah PHC berhenti setakat sini sahaja dahulu...Diharapkan entri ini dapat memberi pencerahan dan manfaat pada semua...
Selamat menggitar dan stay safe...
REPAIR | SETUP | REFRET
012-297 2898
LIKE FB PAGE
PAPA HERO CORNER GUITARS
( KLIK SINI )
No comments:
Post a Comment