Showing posts with label Passive Pickup. Show all posts
Showing posts with label Passive Pickup. Show all posts

Wednesday, June 24, 2020

Mengenali Pickup EMG dan Sejarahnya

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua...

Kali ni PHC nak share topik mengenai sebuah pickup gitar yang tidak asing lagi iaitu EMG...PHC sangat menggemari tone yang dihasilkan melalui pickup ini lebih2 lagi jika bermain lagu2 genre Rock keras dan metal...Pendek kata kalau main lagu Cromok tu memang feel habis laa kann...Layan kepala gitu...Selain daripada itu, PHC suka akan rekabentuknya yang simple tapi menarik dan nampak berprestij...

Sebenarnya ada banyak lagi pickup lain yang tidak kurang hebatnya...Tapi untuk mengisi ruangan kali ini kita citer pasal EMG je yer...Yang lain2 tu nanti PHC share di entri yang lain...



Sejarah Ringkas dan Rekabentuk

Maksud di sebalik huruf EMG ialah Electro-Magnet Generator...Ia diasaskan oleh Rob Turner di Long Beach, California...Nama asal syarikat yang membangunkan EMG ni ialah Dirtyworks Studio..Model pertama EMG yang dikeluarkan adalah hampir sama dengan keluaran EMG tahun 2011 iaitu EMG H dan HA...

Pada tahun 1981, Steinberger telah menjadikan pickup EMG sebagai spesifikasi asas dalam pembuatan gitar dan bass mereka memandangkan revolusi muzik yang popular pada masa itu ialah Hard Rock dan Metal...Ketika inilah zaman2 Metallica, Slayer, Cannibal Corpse, Children of Bodom, Exodus dan banyak lagi menggunakan teknologi pickup EMG ini dalam lagu2 mereka...





Kini, banyak jenama gitar tersohor menggunakan pickup EMG sebagai spesifikasi asas dalam pembuatan gitar mereka seperti ESP, BC Rich, Jackson, Schecter, Cort, Dean, Ibanez malah Gibson juga...

Pickup EMG didatangkan dalam 4 rangkaian product utama iaitu

EMG Standard series
EMG HZ / SRO Series 
EMG SA Series 
EMG X Series


EMG 81

Teknologi revolusi penciptaan pickup EMG 81 bermula pada tahun 1979 dan mula dijual di pasaran pada tahun 1981...

EMG 81 sinonim digunakan untuk Lead Solo kerana keserasian tone dari High Output menghasilkan ekspresi kepuasan yang sangat baik...Ia mampu untuk boost tone gitar ke amp ke tahap yang optima...Piawaian pemasangan biasa ( Standard Installation ) ia dipasang pada Bridge pickup...

Model terawal menggunakan magnet V Alnico namun ditukar kepada Magnet Ceramic...Magnet tersebut adalah jenis bar ( Rail Magnet ) di mana ia membuahkan respon tone bunyi yang lebih konsisten dan sensitif terutamanya ketika melakukan string bending...Pencapaiannya mampu menyerap tenaga getaran lebih luas dari magnet jenis batang ( Pole Piece )

EMG 85

Ia adalah kesinambungan dari EMG 58 di mana ia menggunakan Magnet Alnico 5 ( Rail Magnet Bar )...Ia adalah Active Humbucker pickup yang mempunyai Warmer Sound ( Low tone yang tinggi dan lunak )...Ia sinonim untuk digunakan sebagai Rhythm Pickup dan posisinya terletak di Neck Pickup...
EMG 58
EMG 85-X


Pickup aktif EMG juga dipasang Preamp yang berbentuk cip kecil yang memerlukan kuasa dari bateri 9v untuk diaktifkan bertujuan untuk boost tone yang diserap masuk ke dalam amplifier...Preamp dipasang bersama dengan coil, magnet dan pendawaian di dalam satu housing...





Apa Beza EMG 81 dan 85...??

Secara ringkasnya, beza yang ketara ialah jenis magnet yang dipasang iaitu Ceramic dan Alnico...EMG 81 mempunyai karektor tone yang lebih terang ( Magnet Ceramic )...Output Gain yang tinggi berbanding EMG 85 yang mempunyai karektor tone yang lebih 'berlemak' ( Magnet Alnico ) kerana menghasilkan Low tone yang tinggi ( Warmer Sound )...Output Gain EMG 85 rendah dari EMG 81, namun yang demikian ia masih di dalam kategori High Output Pickup...




Apa Keistimewaan pickup EMG...??

Ia boleh dipasang dengan diagram series atau parallel wiring melalui Single Output...Ada juga model yang dibuat khusus untuk Coil Tap atau Coil Split untuk tone single coil ( EMG  89 )...

Active Humbucker EMG 89 Coil Splitting model yang berwarna putih

Untuk Active pickup, ia memerlukan Power supply bateri 9V dalam bentuk Series Wiring atau Parallel wiring untuk kedua2 pickup dan juga boleh dimodifikasi kepada 18V...Ini bermakna bateri boleh ditambah lagi sebijik untuk tone bunyi yang lebih konsisten dan mencapai paras High Output yang optima...Ia bakal serasi dengan penggunaan High gain distortion seperti Friedman BE-OD, Metal Muff dan Amptweaker... Maksimum power pickup EMG boleh menampung sehingga 27V tetapi yang disyorkan oleh profesional ialah 18V sahaja...




Pendawaian 9v untuk EMG 81 dan 85




 Berikut adalah demo sound beza antara pendawaian EMG 9v dan 18v




 

Pickup EMG banyak didatangkan dalam pasaran di mana ciri pemasangan Quick Connect atau Solderless wiring harness bagi memudahkan kerja2 penukaran kepada model pickup EMG yang lain...Contohnya seperti EMG Bone Breaker Kirk Hammett dan EMG ZW ( Zakk Wylde )

Active EMG Bone Breaker Kirk Hammett Solderless



Active EMG Zakk Wylde


Tone bunyi yang jitu, lebih bersih dan Clarity yang cemerlang...Memudahkan kerja2 penalaan bunyi di amp mahupun rakaman di studio...Kurang noise yang mana sekaligus ia kurang memberi masalah kalau kita nak selaraskan Gain, Treble dan sebagainya...

Rekabentuk yang berciri lain dari yang lain dan evergreen ( relevan sepanjang zaman )

EMG diakui oleh profesional bahawa ia adalah antara pickup terbaik yang pernah dihasilkan...

Ia juga ada didatangkan dengan model pickup Passive iaitu EMG HZ...Ia menghasilkan tone yang lebih natural tetapi output yang rendah...Bagi PHC, kalau pakai EMG HZ cucuk direct amp lepas tu nak solo atau nak buat Dive Bomb agak kurang lawas bunyinya...Sedap main riffing sahaja...EMG HZ memerlukan efx dan amp yang bagus untuk boost lagi tone gitar...


Pickup Passive EMG HZ

Di satu sudut yang lain, sebenarnya ada beberapa model pickup variasi dari EMG iaitu EMG H, HA, 58, 60 dan 60A selain dari SA, ACB-5 dan ACS...

Active pickup EMG versi Single Coil iaitu Active EMG SA dengan Alnico V Bar Magnet


Model terbaru keluaran EMG iaitu ACB-5 Banjo Pickup...
EMG J-HZ Passive untuk Bass

EMG ACS Soundhole pickup untuk gitar akustik


Jadi rasanya tak mampu PHC nak share kan semua sekali dalam ruangan ini...Justeru itu, PHC sertakan sekali teknikal data untuk pickup EMG ni buat informasi sahabat2 semua agar lebih memahami sejarah dan karektor pickup ini...( KLIK SINI untuk Data Teknikal tersebut )

Tak kira apa jua modelnya, wiring diagram rules dia sama sahaja baik Series atau Parallel diagram...

PHC berhenti sampai sini sahaja dulu...Berjumpa lagi di lain kali...

Semoga Bermanfaat...

Wassalam....

REPAIR | SETUP | REFRET 
0122972898

LIKE FACEBOOK FAN PAGE 

Saturday, June 20, 2020

Beza Antara Pickup Aktif dan Pickup Pasif

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Yang Dikasihi... 

Alhamdulillah buat pertama kalinya PHC dapat meluangkan sedikit masa untuk mencoret2 sikit di ruangan entri yang pertama ni...Seringkali PHC menerima pertanyaan melalui pm dalam page PHC MAJESTIC GUITARWORKS tentang soalan2 yang tidak kurang pentingnya untuk sama2 kita memahami fungsi dalam komponen2 gitar elektrik...

Maka topik pertama yang PHC nak kongsi pada ruangan kali ini ialah APA BEZA PICKUP AKTIF dengan PICKUP PASIF... Baiklah...

Sebelum kita memahami dengan lebih mendalam, terlebih dulu PHC nak terangkan serba ringkas APA ITU PICKUP...?? 

PICKUP ialah sejenis mekanisma yang menggunakan lilitan dawai tembaga ( Copper ) yang melitupi tiang magnet ( Magnetic Pole )  di mana ia akan menjadi sebuah medan magnet ( Magnetic Field ) yang mampu menyerap signal tenaga getaran tali dawai gitar ( tenaga mekanikal ), mengubahnya kepada signal arus ( tenaga elektrik ) yang dialirkan melalui kabel lalu mengubah menjadi tenaga bunyi di amplifier ( Amp )...




Ada pelbagai jenis pickup yang ada di pasaran...Ada jenis Single Coil, Humbucker, P90, Hot rail dan Mini Humbucker...Setiap jenis pickup ini mempunyai karisma dan karektornya yang tersendiri...Single Coil bunyi tajam kering...Ada yang lunak...Humbucker bunyinya tebal, gemuk dan Crunchy...P90 pula nak kata Humbucker pun tak, Single Coil pun tak...Jadi, ada pelbagai karektor yang telah direkabentuk oleh jurutera2 bunyi dan ahli Fizik yang terlibat dalam pembuatan instrumen muzik...


 
Gegelung dawai tembaga dan jenis2 magnet ini ada pelbagai spesifikasi oleh pengeluar Pickup seperti Seymour Duncan, EMG, Dimarzio dan Fender yang mana ia membentuk sesebuah karektor bunyi bagi model2 tertentu...Tapi itu nanti kita cerita la di topik yang lain la yek...

Beza Pickup Aktif ( Active Pickup ) dan Pickup Pasif ( Passive Pickup )

- Persamaan yang paling nyata ialah kedua2 jenis pickup ini mempunyai lilitan Copper yang melilit Magnetic Pole...Bezanya ialah Active Pickup menggunakan bateri 9V dan menggunakan Output Jack 3 terminal slug ( Hot, Ground dan Battery Ground ) manakala Output Jack untuk Passive Pickup hanya 2 terminal slug sahaja ( Hot dan Ground )...


Passive Pickup wiring diagram menunjukkan dua terminal slug iaitu Ground dan Hot

Active Pickup wiring diagram menunjukkan tiga terminal slug iaitu Ground, Hot dan Battery Ground


- Active Pickup mempunyai Output yang tinggi berbanding dengan Passive Pickup yang mana Outputnya lebih rendah...Maknanya Passive Pickup ni ada limit yang tertentu...Ini sekaligus bermakna pengguna Passive pickup memerlukan amp yang bagus utk boost tone gitar...

- Tone yang dihasilkan oleh Active Pickup lebih konsisten dari Passive Pickup...Ia lebih jelas dan aggresif bagi sesetengah model Active Pickup...

 - Kalau kita pakai gitar berkualiti rendah yang menggunakan Passive Pickup, maka tone yang dihasilkan mempunyai risiko kurang memberi ekspresi yang optima...Jika dibandingkan dengan gitar berkualiti rendah yang dipasang dengan Active Pickup, tone yang dihasilkan boleh menjadi beza 20% - 40% dari Passive Pickup sekaligus boleh mempengaruhi ekspresi permainan kerana penghasilan tone gitar yang lebih trampil...

- Jika kita seorang peminat muzik rock keras dan metal, secara peribadinya PHC berpendapat Active Pickup adalah pilihan yang baik...

Active Pickup EMG Bone Breaker Kirk Hammet ( Solderless )

- Active Pickup mampu menghasilkan tone bunyi yang lebih bersih kerana kurangnya tindakbalas bunyi yang tidak diingini di amplifier ( Feedback atau Interference )...Jika nak buat recording pun boleh dikatakan mudah untuk menyelaras bunyi...Nanti PHC akan cerita bab ni ya...

 - Active Pickup mampu berkobularasi dengan High Gain Distortion dengan baik berbanding dengan Passive Pickup...Antara contoh High Gain Distortion ialah Amptweaker, Diezel VH4, Metal Muff dan Friedman BE-OD...

- Untuk Bass pula, pemasangan Active Pickup rata2 menghasilkan clarity tone ( Kejelasan Tone  ) yang lebih baik...Memang sesuai untuk genre2 Rock Keras dan Metal...

- Namun begitu, kontranya ialah harga Active Pickup lebih mahal...Maknanya, jika kita beli gitar yang memang dah sediada dipasang Active Pickup pun adalah mahal...

 - Kena selalu beri perhatian bab penjagaan bateri...Jangan dibiarkan lama2 dalam housing bateri tu sebab lama2 ia akan teroksida ( Oxidized ) dan merosakkan terminal +-...Toksid dan asid dari bateri juga boleh terkeluar dari sarungnya...Contohnya macam kes gitar customer PHC yang lepas...Kena buat wiring semula...




Dari modal maintainance tak sampai RM10 terpaksa keluarkan kos berganda2 lagi untuk wiring semula....


Jika PHC ditanya pickup yang mana lagi okay...?? Jawapan PHC secara peribadi, dua2 pun okay...Tapi PHC memilih untuk menggunakan Passive Pickup...Ini adalah kerana :

- PHC banyak main solo lagu balada, pop dan Rock Klasik...
- Karektor Wide range oleh Passive Pickup mampu 'membawa' sekali tone kayu dan petikan Bone Pick yang PHC gunakan...Ia benar2 mampu mendatangkan ekspresi kejiwaan dalam lagu dengan lebih baik...Tapi kadang2 leceh sikit nak cari sound...

- kerana PHC mempunyai pelbagai koleksi gitar yang berkualiti baik dan sederhana baik...PHC juga mempunyai amp yang baik iaitu Marshall MG100DFX, Head and 4 x 12" Cab Kustom KG100HFX dan Kustom KG100FX212...( Boleyyy laaa kikikiki )



- Kalau pakai Passive Pickup, kalau boleh gunakanlah amp yang baik untuk boost kan lagi tone gitar kita...Ada orang tak kisah pakai amp apa pun, tapi PHC kisah hehehehe....Tapi, bohong la kalau PHC tak pernah langgar...Masa mula2 menggitar dulu pun langgar juga janji gitar bunyi...Belasah jer apa yang ada tapi itulah kemampuan pada waktu itu...

Tapi lama kelamaan tu terasa macam PHC ni perlu upgrade sebab nak pakai busking, lebih2 lagi bila dah bukak worksyop gitar ni haaa...Memang wajib laa pakai barang elok...Sound kena best...So, PHC belajar la slow2...Yer dop...???





Apa2 pun ikutlah kemampuan memasing yek...Tiada paksaan dalam bab upgrade ni mahupun bermuzika....Jangan lekas ikut orang...Listen to to yourself not what other people say...

Pada hemah PHC secara peribadi, tone jari sedap macamana sekalipun ia tidak seiring jika instrumen yang kita pakai tu jauh lebih rendah kualitinya...Kalau boleh, biarlah seimbang...Feel baik dan kualiti bunyi lebih trampil...

Tapi dalam konteks PHC ni, jangan la compare dengan tone jari Joe Sat plak ye...Tak aci tu bang kikikiki...

Baiklah PHC berhenti sampai sini sahaja dulu...In shaa Allah slow2 PHC akan share info2 dan ilmu2 yang ada tak seberapa ni...

Semoga Bermanfaat...

Wassalam...

REPAIR | SETUP | REFRET GITAR
012-297 2898