Wednesday, June 24, 2020

Mengenali Pickup EMG dan Sejarahnya

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua...

Kali ni PHC nak share topik mengenai sebuah pickup gitar yang tidak asing lagi iaitu EMG...PHC sangat menggemari tone yang dihasilkan melalui pickup ini lebih2 lagi jika bermain lagu2 genre Rock keras dan metal...Pendek kata kalau main lagu Cromok tu memang feel habis laa kann...Layan kepala gitu...Selain daripada itu, PHC suka akan rekabentuknya yang simple tapi menarik dan nampak berprestij...

Sebenarnya ada banyak lagi pickup lain yang tidak kurang hebatnya...Tapi untuk mengisi ruangan kali ini kita citer pasal EMG je yer...Yang lain2 tu nanti PHC share di entri yang lain...



Sejarah Ringkas dan Rekabentuk

Maksud di sebalik huruf EMG ialah Electro-Magnet Generator...Ia diasaskan oleh Rob Turner di Long Beach, California...Nama asal syarikat yang membangunkan EMG ni ialah Dirtyworks Studio..Model pertama EMG yang dikeluarkan adalah hampir sama dengan keluaran EMG tahun 2011 iaitu EMG H dan HA...

Pada tahun 1981, Steinberger telah menjadikan pickup EMG sebagai spesifikasi asas dalam pembuatan gitar dan bass mereka memandangkan revolusi muzik yang popular pada masa itu ialah Hard Rock dan Metal...Ketika inilah zaman2 Metallica, Slayer, Cannibal Corpse, Children of Bodom, Exodus dan banyak lagi menggunakan teknologi pickup EMG ini dalam lagu2 mereka...





Kini, banyak jenama gitar tersohor menggunakan pickup EMG sebagai spesifikasi asas dalam pembuatan gitar mereka seperti ESP, BC Rich, Jackson, Schecter, Cort, Dean, Ibanez malah Gibson juga...

Pickup EMG didatangkan dalam 4 rangkaian product utama iaitu

EMG Standard series
EMG HZ / SRO Series 
EMG SA Series 
EMG X Series


EMG 81

Teknologi revolusi penciptaan pickup EMG 81 bermula pada tahun 1979 dan mula dijual di pasaran pada tahun 1981...

EMG 81 sinonim digunakan untuk Lead Solo kerana keserasian tone dari High Output menghasilkan ekspresi kepuasan yang sangat baik...Ia mampu untuk boost tone gitar ke amp ke tahap yang optima...Piawaian pemasangan biasa ( Standard Installation ) ia dipasang pada Bridge pickup...

Model terawal menggunakan magnet V Alnico namun ditukar kepada Magnet Ceramic...Magnet tersebut adalah jenis bar ( Rail Magnet ) di mana ia membuahkan respon tone bunyi yang lebih konsisten dan sensitif terutamanya ketika melakukan string bending...Pencapaiannya mampu menyerap tenaga getaran lebih luas dari magnet jenis batang ( Pole Piece )

EMG 85

Ia adalah kesinambungan dari EMG 58 di mana ia menggunakan Magnet Alnico 5 ( Rail Magnet Bar )...Ia adalah Active Humbucker pickup yang mempunyai Warmer Sound ( Low tone yang tinggi dan lunak )...Ia sinonim untuk digunakan sebagai Rhythm Pickup dan posisinya terletak di Neck Pickup...
EMG 58
EMG 85-X


Pickup aktif EMG juga dipasang Preamp yang berbentuk cip kecil yang memerlukan kuasa dari bateri 9v untuk diaktifkan bertujuan untuk boost tone yang diserap masuk ke dalam amplifier...Preamp dipasang bersama dengan coil, magnet dan pendawaian di dalam satu housing...





Apa Beza EMG 81 dan 85...??

Secara ringkasnya, beza yang ketara ialah jenis magnet yang dipasang iaitu Ceramic dan Alnico...EMG 81 mempunyai karektor tone yang lebih terang ( Magnet Ceramic )...Output Gain yang tinggi berbanding EMG 85 yang mempunyai karektor tone yang lebih 'berlemak' ( Magnet Alnico ) kerana menghasilkan Low tone yang tinggi ( Warmer Sound )...Output Gain EMG 85 rendah dari EMG 81, namun yang demikian ia masih di dalam kategori High Output Pickup...




Apa Keistimewaan pickup EMG...??

Ia boleh dipasang dengan diagram series atau parallel wiring melalui Single Output...Ada juga model yang dibuat khusus untuk Coil Tap atau Coil Split untuk tone single coil ( EMG  89 )...

Active Humbucker EMG 89 Coil Splitting model yang berwarna putih

Untuk Active pickup, ia memerlukan Power supply bateri 9V dalam bentuk Series Wiring atau Parallel wiring untuk kedua2 pickup dan juga boleh dimodifikasi kepada 18V...Ini bermakna bateri boleh ditambah lagi sebijik untuk tone bunyi yang lebih konsisten dan mencapai paras High Output yang optima...Ia bakal serasi dengan penggunaan High gain distortion seperti Friedman BE-OD, Metal Muff dan Amptweaker... Maksimum power pickup EMG boleh menampung sehingga 27V tetapi yang disyorkan oleh profesional ialah 18V sahaja...




Pendawaian 9v untuk EMG 81 dan 85




 Berikut adalah demo sound beza antara pendawaian EMG 9v dan 18v




 

Pickup EMG banyak didatangkan dalam pasaran di mana ciri pemasangan Quick Connect atau Solderless wiring harness bagi memudahkan kerja2 penukaran kepada model pickup EMG yang lain...Contohnya seperti EMG Bone Breaker Kirk Hammett dan EMG ZW ( Zakk Wylde )

Active EMG Bone Breaker Kirk Hammett Solderless



Active EMG Zakk Wylde


Tone bunyi yang jitu, lebih bersih dan Clarity yang cemerlang...Memudahkan kerja2 penalaan bunyi di amp mahupun rakaman di studio...Kurang noise yang mana sekaligus ia kurang memberi masalah kalau kita nak selaraskan Gain, Treble dan sebagainya...

Rekabentuk yang berciri lain dari yang lain dan evergreen ( relevan sepanjang zaman )

EMG diakui oleh profesional bahawa ia adalah antara pickup terbaik yang pernah dihasilkan...

Ia juga ada didatangkan dengan model pickup Passive iaitu EMG HZ...Ia menghasilkan tone yang lebih natural tetapi output yang rendah...Bagi PHC, kalau pakai EMG HZ cucuk direct amp lepas tu nak solo atau nak buat Dive Bomb agak kurang lawas bunyinya...Sedap main riffing sahaja...EMG HZ memerlukan efx dan amp yang bagus untuk boost lagi tone gitar...


Pickup Passive EMG HZ

Di satu sudut yang lain, sebenarnya ada beberapa model pickup variasi dari EMG iaitu EMG H, HA, 58, 60 dan 60A selain dari SA, ACB-5 dan ACS...

Active pickup EMG versi Single Coil iaitu Active EMG SA dengan Alnico V Bar Magnet


Model terbaru keluaran EMG iaitu ACB-5 Banjo Pickup...
EMG J-HZ Passive untuk Bass

EMG ACS Soundhole pickup untuk gitar akustik


Jadi rasanya tak mampu PHC nak share kan semua sekali dalam ruangan ini...Justeru itu, PHC sertakan sekali teknikal data untuk pickup EMG ni buat informasi sahabat2 semua agar lebih memahami sejarah dan karektor pickup ini...( KLIK SINI untuk Data Teknikal tersebut )

Tak kira apa jua modelnya, wiring diagram rules dia sama sahaja baik Series atau Parallel diagram...

PHC berhenti sampai sini sahaja dulu...Berjumpa lagi di lain kali...

Semoga Bermanfaat...

Wassalam....

REPAIR | SETUP | REFRET 
0122972898

LIKE FACEBOOK FAN PAGE 

Tuesday, June 23, 2020

Setup dan Intonasi Semula Gitar Fender Mexico Jimi Hendrix Signature

Assalamualaikum Salam Sejahtera Sahabat2 Semua...

Okay kali ni PHC nak share pasal gitar Fender Stratocaster ni...Dihantar untuk setup oleh Saudara Azrul dari Semenyih juga...

Ini adalah Fender Mexico Jimi Hendrix Stratocaster...Olympic White Solid body...


Memang cair sesiapa sahaja yang melihatnya...Gitar ni dah lama tapi dijaga rapi oleh pemiliknya...



Headstock terbalik ( Reverse Headstock ) yang menampakkan lagi kelainannya...


Masalah utamanya, saddle sudah disetup rendah tapi tali masih tinggi ( sekitar 1.5mm 1st string )...Kelihatan dengan jelas juga skru Alan Key terbonjol keluar sehingga menyebabkan tapak tangan terasa tajam apabila Palm Mute...Ia mendatangkan ketidakselesaan...Terasa macam ada sikit gangguan masa PHC test...Radius saddle juga kelihatan tidak konsisten...Juga ada terdapat buzzed fret...Ada not yang buzzing mengeluarkan bunyi tidak enak apabila tali ditekan ke fret...


Intonasi ( Intonation ) juga tidak berada dalam kedudukan yang optimum...Ada pitch flat dan syap di fret 14th ke atas...Boleh dengar dengan jelas melalui pendengaran kasar...


Bolt on neck dibuka bagi tujuan setup dan servis...Neck angle perlu diselaraskan semula...



Bahagian pickguard dibuka untuk servis komponen2 elektronik dalaman...Dibersihkan dan disembur dengan Contact Cleaner untuk mengelakkan ia teroksida ( Oxidized )


Ada terdapat stiker yang tertera nama2 mereka yang terlibat dalam proses QC gitar ini...Baru la steady....


Di dalam routed cavity juga ada tertampal nombor siri body...Nombor ni PHC dah ambik gambar closed up dan diberi pada owner in untuk simpanan...Mana la tau ia berguna kalau gitar hilang kena curi...So inilah bukti kukuh kalau kita nak claim gitar tu kita punya kalau terjumpa balik...

Terdapat tiga lubang bulat kat tepi tu...Itu adalah CNC marking...Maknanya gitar ini dibuat oleh CNC machine...Sempurna geometrikal potongan dan routingnya...


Keadaan saddle selepas Intonation diselaraskan semula...Pitch pun sudah konsisten takde bunyi menggigil lagi...


Truss rod diselaraskan semula memandangkan terdapat upbow neck yang agak teruk...Ini antara punca tali jadi tinggi...



 Gitar sudah siap disetup dan diintonasi semula...




Alhamdulillah selesai gerak kerja setup gitar ni...Mempunyai tone yang lunak dan selesa dimainkan...Masa nak test gitar ni, tiba2 datang satu feel yang PHC rasa sangat sesuai dimainkan lagu tu ketika ini...teringat pada arwah bapa tiri yang telah meninggal pada March 2020 yang lepas...

Maka inilah demo soundnya...Record direct handphone je...


Baiklah PHC berhenti sampai takat ni jer dulu...Kalau ada yang nak hantar hantar gitar untuk disetup roger2 yek...

Wassalam...

REPAIR | SETUP | REFRET
0122972898


Monday, June 22, 2020

Nut Gitar dan Apa Fungsinya...?? Ini Jawapannya...

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Buat Sahabat2 Yang Dikasihi Sekalian...

Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam ruangan entri kali ini...Untuk penulisan ini, PHC ingin berkongsi mengenai satu komponen yang kecil pada gitar tapi sangat besar peranannya dalam instrumen muzik yang bertali...


Bukan sahaja gitar, malah gambus, biola, Cello, bass malah mandolin dan Shamisen juga wajib dipasang komponen ini...

Apa Itu Nut Gitar...??

Nut ialah sebuah alat yang menjadi penahan regangan dan pemegang tali ( Open String ) yang merentas di atas fretboard melalui Bridge... Ia juga adalah posisi permulaan untuk mengukur skala gitar ( Guitar Scale ) iaitu dari hujung nut hingga ke saddle...Posisinya diletakkan di bahagian headstock dan dekat dengan tuning machine...

Tugas nut untuk menahan regangan tali akan berhenti apabila kita menekan tali di fret ( Fretting ) samada ketika solo atau bermain kord...Jari yang kuat mampu mengambil alih tugas nut dengan baik sekaligus menghasilkan tone bunyi dan sustain yang optimal ketika Fretting 

Gibson Les Paul Standard MiUSA dihantar ke PHC Guitars untuk diservis
 Walau bagaimanapun, apa sahaja bahan yang dipasang mampu mempengaruhi tone bunyi...Ini bermakna tone dari nut tersebut masih Blend dengan body kayu gitar lalu diserap oleh Pickup walaupun jari telah mengambil alih tugasnya...

Nut mempunyai jarak geometrikal tertentu bagi menentukan posisi jarak tali antara satu sama lain ( X datumn string spacing ) dan mempunyai jurang kedalaman ( slot depth ) iaitu Y Datumn...Panjangnya mesti seiring dengan pangkal 1st fingerboard...


X : String Spacing | Y : Nut Slot



Jarak string spacing ( X Datumn ) di nut yang optimal sangat penting bagi memastikan keseimbangan jari supaya tidak bertindan ketika Fretting tali...

Kedalaman nut slot ( Y Datumn ) yang optimal juga sangat penting bagi memastikan ia tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi...

 Jika nut slot terlalu rendah, tali berisiko akan tersangkut di fret yang paling depan ( 1st fret ) dan akan menyebabkan Open String buzzing apabila dipetik...

Jika nut slot terlalu tinggi pula, ia akan berisiko menyebabkan string terasa keras ketika fretting sekaligus mendatangkan kesan pada intonasi ( Intonation )...Ia juga berisiko menyebabkan gelinciran tali keluar dari nut slot...



Nut yang optimal ialah ia mempunyai Nut Slot yang mengikut saiz tali ( String Gauge )...Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar...

Fender Japan dipasang nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC
Nut slot yang bersaiz yang lebih besar dari tali berisiko menyebabkan gitar buzzing seperti bunyi sitar akibat getaran tali yang berlaku di dalam Nut Slot...Ia gagal memegang regangan tali dengan baik....Ia juga berisiko menyebabkan ketidakstabilan tuning...

Nut slot yang bersaiz kecil dari tali menyebabkan bahagian atas tali ( Top of String ) akan terbonjol sekaligus berisiko akan menyebabkan gelinciran tali dari slot terutamanya ketika membuat string bending...


Apakah Material Yang Digunakan Untuk Membuat Nut...??

Ada nut yang diperbuat dari bahan2 organik, besi aloi dan bahan sintetik campuran...Semakin keras struktur bahannya, maka semakin baik kualiti prestasinya...

Nut Organik : diambil dari kayu, tulang, tanduk dan gading haiwan...Walau bagaimanapun pengambilan bahan2 organik dari haiwan ini tertakluk pada akta undang2 hidupan haiwan liar seperti gajah...

a ) Kayu

Kayu yang selalu digunakan untuk membuat nut ialah Ebony...Kayu ini mempunyai struktur yang tumpat dan sangat keras...Ia mampu menghasilkan dentingan tali yang jitu dan menghasilkan tone bunyi yang lunak...Instrumen bertali selain dari gitar seperti biola dan Cello juga ada dipasang dengan nut dari kayu keras ini...






b ) Tulang dan Tanduk Haiwan

Tulang dan tanduk yang selalu digunakan ialah tulang lembu dan kerbau...Ada juga buatan nut tulang atau tanduk mengikut jenis2 haiwan yang terdapat di benua tertentu...Contohnya buatan gitar custom High End dari benua Afrika menggunakan tulang atau gading gajah ( yang telah pun mati ) dan unta ( buatan instrumen bertali dari Timur tengah )...Maka tone bunyi dari setiap benua itu mempunyai variasi dan trademark karektor bunyi dari benua masing2...

Tulang lembu mentah yang keras dan tumpat menggantikan nut plastik berkualiti rendah yang telah  reput


Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Stratocaster

Nut dari tulang mempunyai sambutan yang baik di kalangan luthier dan sang penggitar kerana  kejelasan tone yang terhasil ( Clarity ) dan Tuning Stability selain ia mudah diperolehi....Ia juga praktikal...

Namun untuk membuat nut dari tulang haiwan ini rumit dan renyah gerak kerjanya kerana struktur ketumpatan dan kekerasannya...Gitar2 High End keluaran jenama terkemuka banyak menggunakan nut dari tulang...

c ) Besi Aloi

Bahan besi yang popular dibuat nut ialah Brass iaitu campuran dari aluminium zink dan tembaga...Juga ada nut yang diperbuat dari Keluli Tahan Karat ( Stainless Steel )...Nut dari unsur2 besi ini sudah pastinya mempunyai daya ketahanan yang kukuh dan tahan lama...Juga menghasilkan dentingan tali yang optima...
 
Nut Brass untuk gitar




Nut Stainless Steel untuk Bass



Locking Nut untuk gitar elektrik


Sungguh pun ia diperbuat dari besi, ia masih berisiko untuk berdepan dengan masalah karat dan garit akibat haus terutamanya Locking Nut jika tidak diselenggara atau diikat terlalu ketat...

d ) Bahan Sintetik Campuran

Ia melibatkan adunan dan penglibatan beberapa agen kimia dan teknologi mesin...Antaranya ialah Tusq ( plastik ), Corian ( Acrylic Polymer ) dan Graphite ( Karbon )..Tusq adalah sejenis nut plastk tapi berkualiti tinggi...Ia bersifat tumpat dan tegap, tidak seperti nut plastik biasa...Tusq mampu mengurangkan geseran dan baik untuk Tuning Stability...

Nut TUSQ ( sebutannya 'TAS' )


Nut Corian


Nut Graphite


Nut dari Graphite juga baik untuk Tuning Stability kerana ia bersifat keras tapi licin di mana ia mampu mengurangkan geseran tali di dalam slot...Banyak guitar berkualiti menggunakan nut jenis ini...Namun demikian ada kelemahannya iaitu mudah haus kerana tidak keras seperti Tusq...

Trivia

PHC sendiri ada membuat nut dari tulang lembu mentah yang terpilih untuk dipasang pada gitar akustik, klasikal, elektrik dan bass...Tulang mentah dipotong, dirawat, dipotong dan diraut untuk dijadikan nut dan saddle...




Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC yang siap dipasang pada gitar Fender Stratocaster
 Para pelanggan juga memberikan maklumbalas yang baik terhadap pemasangan nut tulang pada gitar mereka...PHC tidak menggunakan tulang kerbau kerana ia terlalu keras yang mana ia melibatkan masa yang banyak untuk membentuknya menjadi nut...

 
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar klasikal Yamaha


 
Nut tulang lembu buatan tangan oleh PHC untuk gitar jenis Telecaster
 
Pemasangan nut tulang lembu 4 string Bass LTD

Pemasangan nut tulang lembu 5 string Bass Cort


Pembuatan nut dari tulang memerlukan 200% fokus dan tools yang betul kerana sedikit kesilapan ketika membentuknya akan menyebabkan ia tidak boleh digunakan lagi...Kena buat sekali jalan tanpa gagal...Pemasangan nut dari tulang ini perlu seiring dengan setup pada instrumen...



Berikut adalah video bagaimana PHC buat nut dari tulang lembu untuk gitar Fender Japan ST72



Kesimpulannya, setiap apa yang dpasang pada gitar besar impaknya walaupun ia kecil...Gitar yang sudah disetup dan dinaiktaraf material nut bakal membuahkan hasil resonan bunyi yang lebih trampil jika disetup dengan sempurna...

Nut plastik yang berkualiti rendah tidak mencapai tahap prestasi optima

Nut tulang lembu yang sudah siap dipasang pada gitar Fender


Baiklah PHC berhenti setakat sini sahaja dahulu...Diharapkan entri ini dapat memberi pencerahan dan manfaat pada semua...

Selamat menggitar dan stay safe...

REPAIR | SETUP | REFRET
012-297 2898

LIKE FB PAGE
PAPA HERO CORNER GUITARS 
( KLIK SINI )